Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...
Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga saya menyiapkan laman blog saya ini .
Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya yang banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada saya . Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini kepada ibu dan bapa saya yang banyak memberi
sokongan untuk saya menyiapkan tugasan ini .
Nama saya, Mohamad Hafizudin Bin Mohd Rofi . Panggil saya Hafiz pun sudah cukup . Saya tinggal di Kampung Parit Pasir Tumboh, Kelantan bersama dengan keluarga saya . Saya mempunyai 4 orang adik-beradik iaitu 2 orang lelaki , 2 orang perempuan dan saya merupakan anak sulung dalam keluarga saya . Sebagai anak sulung, sudah menjadi tanggungjawab saya mendidik dan menjaga adik-adik . Semasa sekolah rendah, saya bersekolah di SK Seribong . Selepas itu saya menyambung persekolahan menengah di SMK Long Gafar, di Pasir Tumboh . Semasa tingkatan 3, saya telah mendapat 5A dalam peperiksaan PMR . Manakala semasa di tingkatan 5, pembelajaran saya agak merosot kerana saya tidak serius semasa belajar . Saya mendapat keputusan 4A dalam peperiksaan SPM . Tapi saya tetap bersyukur dengan keputusan SPM saya itu . Saya sempat menyambung persekolahan di Tingkatan 6 di SMK Kubang Kerian 2 sebelum mendapat tawaran ke Politeknik Kota Bharu ini . Sekarang, kehidupan saya mula berubah . Sebelum ini hanya bersekolah biasa . Memakai pakaian uniform sekolah dan menghadap buku teks . Tetapi kehidupan saya sekarang jauh berbeza dari zaman persekolahan dulu . Sudah tidak perlu memakai uniform ke sekolah, menghadap buku teks dan sebagai nya . Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang . Saya berharap, saya dapat menamat kan pembelajaran di Politeknik ini dengan jaya nya.
